Monday, August 10, 2009

Mendengar ceramah cni...

Pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta.....ingin mengenali perniagaan CNI yg luar biasa ini...cuba anda perhatikan bahasa tubuh yg saya tunjukkan..d situ menunjukkan bahawa saya dahulu pun tak berapa MINAT terhadap perniagaan CNI ini...sbb PANDANGAN pertama yg saya nampak adalah perniagaan jual sabun..maka sbb itu berhati hatilah dgn TANGGAPAN anda..iaitu persepsi anda...ttpi oleh kerana saya dapat bonus pertama saya sebanyak 1oo+++ maka saya lupakan pasal MINAT...kerana saya nampak CNI peluang utk saya dapat duit lebih..utk menampung poket saya yg bocor itu..he..he,jdi terbukti kita melakukan setiap perkerjaan kita itu bukan kerana MINAT ttpi kerana hakikatnya WANG BUKAN SEGALA GALANYA,TETAPI DALAM DUNIA SEGALA GALANYA PERLUKAN WANG,...kalau tak ada wang segala galanya tak ada...tol tak he...he..he

Bersama dgn rakan2 suatu ketika dahulu...

Sewaktu saya mengalami penyakit resdung di bahagian muka..saya telah mengunakan produk CNI..alhamdulilah..produk itu terbukti memberikan kesan yg sangat bagus utk MASAALAH resdung saya...maka di situlah bermulanya saya menjadi penguna bijak produk CNI.saya tidak pernah mengharap kan sesuatu penghasilan spt rumah,kereta termasuk bonus sekalipun..setahu saya produk CNI sangat berkesan utk saya...saya mulai menyampai kan kpd teman2 saya ttg kebagusan produk CNI...sehingga suatu hari saya menerima bonus dri CNI..ini yg menyebab kan saya ingin utk mengenali CNI secara lebih mendalam...rupa2 nya di sebalik MASAALAH yg saya hadapi rupa2nya ada PELUANG...tuhan sangat pemurah..d turunkan nya MASAALAH kpd kita dahulu..maka terpulang kpd sikap kita menghadapi masaalah tersebut...jika menghadapi nya dgn sikap positif maka kita akn dapati masaalah tersebut memberi manafaat kpd kita...sebaliknya jika mnghadapi nya dgn sikap negatif..menyalahkan nasib..menuding jari kpd org lain,maka kita lah antara orang yg malang sekali d dunia ini...jadi jangan takut dgn masaalah...MASAALAH ADALAH PELUANG BESAR UTK KITA....U R D BEST!!!!!!

IBU YG BANYAK MEMBERI DORONGAN,MOTIVASI UTK BERJAYA...
Motosikal yg pernah ku miliki suatu ketika dahulu....tak ada bunyi senyap je...he..he

Rumal asal di mana saya bermula...


Sebenarnya jika seseorang itu ingin berubah,dia sebenarnya tidak memerlukan motivasi dari orang lain utk berubah.... sebenarnya jika dia bijak mengunakan pengalaman hidup nya sendiri utk menguatkan motivasinya utk berubah..adalah tidak mustahil utk dia berjaya....sbb itu ianya harus dtg dari hati anda...bukan kerana anda melihat orang lain berjaya maka anda pun nak berjaya..ianya tidak akn banyak membantu anda,itu hanya motivasi luaran tidak akan kekal lama...maka di dalam badan kita ada seketul daging yg kecil..yg mana kalau ia buruk maka buruklah tindakan anda..sebaliknya jika ia baik maka baik lah segala tindakan anda...itulah yg dikatakan HATI maka jagalah hati anda...selama ini suara hati kita memberontak utk ingin berjaya..ttpi terBELENGGU oleh pemikiran kita yg negatif,sikap kita yg rendah diri,ragu2 diri,malas.suka bertangguh..dan bermacam macam lagi...maka keluarlah dari belenggu itu...dengarlah SUARA HATI ANDA...SESUNGGUHNYA ITU ADALAH ANDA YG SEBENARNYA....BISIKAN TUHAN...SEMOGA BERJAYA SAHABATKU......

Rumah yg banyak memberi tekanan dan kesedaran buat saya..

kuching kesayangan...namanya kitty...

Sunday, August 9, 2009

Sewaktu di naik kan pangkat menjadi budak pejabat


Kita sering di sarankan jika ingin berjaya harus BIJAK MEREBUT PELUANG,BIJAK MENCIPTA PELUANG DAN HARUS BIJAK BERGAUL...,klau dahulu sewaktu masih mncuci kereta saya tidak mempunyai impian yg besar..yg penting saya dapat makan dan dapat meneruskan kehidupan..rakan2 d sekeliling saya juga berpendapat begitu..,ttpi setelah saya d naikkan pangkat menjadi budak pejabat..bekerja dlm pejabat sedikit sebanyak telah mengubah cara saya berfikir...saya melihat kehidupan mereka 2 yg berjaya,gaya hidup majikan saya..dan saya terdorong,termotivasi dgn kejayaan mereka..dan saat itu saya lebih banyak berfikir bagaimana mereka boleh begitu sukses..adakah kerana nasib mereka begitu baik dan apa yg mereka lakukan sehingga begitu luar biasa...dan saya mengambil peluang bergaul dgn mereka dgn harapan ketemu jawapan nya dan mendapat semangat dari mereka,pengalaman bergaul dgn mereka banyak membantu cara saya berfikir..saya pun mempunyai impian ingin berjaya spt mereka...dan apabila ada peluang CNI saya tak lepaskan begitu saja,kerana saya nampak ada BUKTInya org2 yg melakukan CNI sepenuh HATI telah mengecapi perubahan yg ketara...DGN pendidikan saya sekadar tingkatan 3 saya tidak mahu lepaskan peluang itu..kalau saya nak berjaya spt majikan saya itu pasti terbatas kerana Modal yg sangat besar,Pengalaman sngt d perlukan dan risikonya mungkin saya tak mampu menghadapinya..maka CNIlah peluang saya,saya berterima kasih dgn majikan saya kerana mengubah cara saya berfikir....maka sahabat ku d luar sana BIJAKLAH DALAM PERGAULAN ANDA,kerana ianya akan mewujudkan impian anda,tindakan anda dan penghasilan anda....

Rutin pagi2 sewaktu mencuci kereta..

Ramai yg bg tahu kpd saya,klau kita ingin berjaya dlm kehidupan kita maka kita haruslah bekerja dgn rajin,sabar dan berterusan adakah ianya benar..????.mmg benar mereka yg berjaya sangat rajin,sabar dan berterusan tetapi d LANDASAN yg betul spt keretapi kalau masih berada d dlm LANDASAN yg betul..maka walaupun bengkang bengkok,sepanjang mana perjalanan nya pasti akan sampai ke destinasinya iaitu matlamat perjalanan,jika ianya terkeluar dari landasannya maka adalah mustahil ianya akan sampai ke destinasinya...tidak mungkin,maka begitulah perjalanan hidup kita, nak di katakan kita malas...kta dah rajin setiap hari..nak dikatakan kita tak sabar...hari2 kita begitu sabar menghadapi ujian dan cabaran hidup tetapi kenapa kesudahan nya masih tidak memiliki apa2...kerana LANDASAN nya ada masaalah...dahulu pagi2 saya cuci kereta..manakala malamnya pula menjual burger sampai lewat malam.. ttpi masih kehidupannya ttp sama,masih tak berubah...kita mengharap kan perkara yg luar biasa berlaku dlm hidup kita..ttpi klau msih buat perkara yg biasa2 maka hasilnya pasti biasa2 juga...maka buatlah sesuatu yg luar biasa utk mendapat hasil yg luar biasa...

Sewaktu masih bekerja sebagai pencuci kereta

hampir setiap pagi saya akn mengadu masaalah saya kpd rakan saya yg d sebelah saya itu..ttg kesusahan hidup,masa depan dan bermacam macam lg..ttpi apa yg brlaku slepas saya selesai mengadu masaalah..dia pula yg mengadu perkara yg sama,maka masaalah kami langsung tak selesai sbb dua2 bermasaalah...maka masaalah besar pula yg timbul..he..he sbb itu bijak pandai berkata...klau bermasaalah jumpa lah org yg betul2 boleh menyelesaikan msslh kta,maka klau ingin berjaya jumpa lah org yg telah terbukti kejayaannya supaya kta betul2 mendapat nasihat yg betul2 membina,ini tidak jumpa org gagal maka kta akn dapat pengaruh dalam bentuk nasihat yg boleh membinasakan impian kta..anda harus boleh mmbezakan mana nasihat dan mana pengaruh dlm bentuk nasihat,jikalau kata2nya kearah positif maka itu nasihat..jika kata2 itu menjurus kepada yg negatif maka itu adalah pengaruh,maka berhati hati lah pada mereka yg mencuri impian mu..

Saturday, August 8, 2009

demo di kpg Kulambai,Kota Belud.8hbogos 2009

Tuan rumah dan tetamu yang hadir tertarik dengan keberkesanan demo produk yang disaksikan di hadapan mata mereka sendiri.Ada yg masuk ahli dan yang terus order produk.Sambutan yang sungguh memberansangkan.

JELAJAH GEMILANG CNI DI WATERFRONT 5 JULAI 2009

Bukan sahaja orang tempatan,pelancong asing pun berminat mendengar tentang produk2 yg terdapat dlm CNI.

JELAJAH GEMILANG CNI DI WATERFRONT 5 JULAI 2009

Demo produk CNI Nutrimoist menggunakan air panas menarik perhatian orang ramai yg hadir pada hari itu.

JELAJAH GEMILANG CNI DI WATERFRONT 5 JULAI 2009

Pertandingan mewarna utk kanak-kanak dapat sambutan luar biasa dari ibubapa ahli2 CNI

JELAJAH GEMILANG CNI DI WATERFRONT 5 JULAI 2009

Pemeriksaan kesihatan dan penerangan tentang produk kesihatan.

JELAJAH GEMILANG CNI DI WATERFRONT 5 JULAI 2009

Mereka yg datang sewaktu Jelajah Gemilang CNI di Kuching Waterfront pada 5hb julai sempena Ulang tahun CNI ke-20.

Friday, August 7, 2009

Demo kt bilik hotel di Kota Belud,7hb Ogos 2009

Mdam Irman harmi sedang memberi penerangan tentang konsep pengguna bijak dlm rancangan perniagaan CNI.Ada yg dah pernah dengar tentang CNI 5 tahun yg lepas tp belum lagi joint,tapi setelah diberi penerangan yang jelas tiada ragu2 lagi,terus joint mlm tu juga.

demo di hostel hospital kota marudu 6hb ogos 2009

demo utk prospek2 yg bekerja di hospital Kota Marudu.(hari ke 2 di Sabah).respon yg memberansangkan dari mereka setelah dibuat demo produk dan penerangan tentang rancangan perniagaan CNI.

Monday, June 8, 2009

Antara Aktiviti2 Yang Di Jalankan

sewaktu melancong ke china..wow sejukkk..

Penerimaan Informasi Oleh Prospek
(Perniagaan Yang Bermula Dalam Keluarga)

Penerangan Oleh MDAM Irman Harmi

Demo Produk & Majlis Penerangan

Geng2 Tengah Layan Ceramah
Ceramah Yang Berkesan Menarik Perhatian

Monday, May 11, 2009

Marketing Plan/Rancangan Perniagaan

Marketing Plan Atau Rancangan Perniagaan CNI ada lah 1 Rancangan Atau Plan Perniagaan Yang Telah Di Rangka/Cipta Untuk Melahirkan Usahawan Serta Bagi Anda Yang Berkeinginan Untuk Berjaya Bagi Mencapai Hasil Yang Luarbiasa. So Dengan Maksud Yang Lain, Jika Anda Ada Hasrat & Ingin Berjaya Maka Anda Perlu Yakin, Tabah, Usaha, Disiplin & Percaya Pada Tuhan Serta Percaya Dengan Kemampuan Sendiri.

Jadi, Elimen2 Yang Di sebut Diatas lah Yang Boleh Membantu Anda Untuk Merealisasikan Impian Untuk Berjaya.

Apa Yang Kita Mesti Lakukan Untuk Bermula? Ikut Langkah Yang di Nyatakan Pada Tajuk Ke-4 iaitu BerBalik Kepada Konsep Menguna. Senang Dan Mudah Kan .... Yang Penting Anda Jadi Pengguna Yang Menggunakan Produk CNI. Ada Repeat Selling ...??? Memang Perlu Ada. Bisnes Apapun Yang Di Ceburi Mesti Ada Repeat Selling. Kalau Tidak Ada ... Maka Ia Bukan Lah Bisnes. Macam Mana Nak Berniaga Jika Tiada Jualan Bulanan Sedang kan Ia Di sebut Perniagaan. Dari Mana Datang KeUntungan !! Mesti lah Dari Jualan Bulanan.

Selepas Kita Berjaya Menjadi Pengguna Produk, Maka (Embak-S'wak) Bawa/Perkenal Kepada Rakan2 Anda Tentang Produk CNI & Jadi Pengguna Macam Anda. Cerita Konsep Yang Sama Yang Akan Berulang Sampai Bila2.

Dari Sinilah Anda Akan Mendapat Income Bulanan Hasil Dari Mengguna Barang. Hasil nya Umpama Jika Anda Menyapu Sampah Dengan Sebatang Lidi, Maka Hasil nya Mestilah Sedikit. Tapi Jika Anda Mengumpul Lidi2 Tersebut Barulah Anda Akan Mendapat Hasil Yang Banyak Dari Sebatang Lidi. Ini Lah Konsep Yang Telah Di Lakukan Oleh Ramai Rakan2 Kita Yang Telah Berjaya Dalam Perniagaan Ini. Namun Kesabaran Anda Adalah Amat Penting. Sebab Kita Bukan Ikut SKIM PERLABURAN DUIT. Yang Pasti Anda Tidak Akan Merasa Rugi. Dahlah Untung Mengguna Barang, Dapat Untung Juga Hasil Dari Mengguna.

Ikut Semua Langkah2 Ini, Saya Pasti Anda Akan Mendapat Pulangan Yang Setimpal Dengan Usaha Anda.


Sila Tonton Video Ini Untuk Penerangan Lanjut Berkenaan Plan Pemasaran
MDAM Irman Harmi (Sewaktu Demo Di Rumah Prospek Di Miri Sarawak, pok...)

Thursday, May 7, 2009

Apa Yang Perlu Anda Faham Dan Buat Bila Anda Sudah Menyertai Kumpulan Ini

1- Memahami Konsep / Apa / Bagaimana Anda Nak Memulakan Perniagaan MLM

Anda sebenar nya hanya perlu melakukan perkara yang telah atau selalu anda lakukan hari-hari ... iaitu menguna barang kegunaan harian. Maksudnya dari bangun tidur sehingga anda nak tidur balik anda tidak akan terlepas dari Menjadi Pengguna.

Di sini anda hanya perlu menukarkan produk yang telah anda habiskan penggunaannya. Contoh jika Selama ini anda mengguna ubat gigi jenama 'X' so bila anda menyertai CNI (Industri MLM) anda guna lah ubat Gigi Jenama Winz CNI. Di sini banyak produk CNI yang boleh anda gunakan. Sebab di CNI kita ada lebih 300 jenis produk.

Antaranya Produk Penjagaan Diri, Dapur, Tandas & Bilik Mandi, Produk Kecantikan Wanita, Makanan Kesihatan, Produk Meramping Badan dan banyak lagi.

So ini lah Konsep yang di perkenalkan "Pengguna Bijak Merangkap Usahawan" cuma dengan mengguna produk/barang kita akan dapat Faedah2 yang di tawarkan dalam perniagaan ini bukan nya skim melaburkan wang ringgit anda. Ini jelas menunjukan bahawa lambat atau cepat anda akan dapat pulangan.

Konsep ini berbeza dari konsep yang telah kita lakukan selama ini iaitu menguna barang tapi cuma untung kan 1 pihak (kedai runcit/supermarket/hypermarket) walaupun sudah berpuluhan tahun anda membeli & mengguna barang mereka, anda akan cuma dapat "Thank You Please Come Again". Jadi kesedaran Konsep Pengguna Bijak ini lah yang perlu kita Faham Serta lakukan supaya anda bukan sahaja mendapat kepuasan sebagai pengguna, tetapi anda akan dapat pulangan hasil konsep Pengguna Bijak

Sunday, May 3, 2009

Bagaimana cara untuk menyertai CNI??

1. Anda perlu di taja oleh pengedar yang sah dan berdaftar. Sekiranya anda tidak mengenali mana mana pengedar yang sah, sila emelkan butiran peribadi anda (Nama,No Telefon) kepada kami. Kami merupakan pengedar yang sah dan berdaftar. Sekiranya anda bersetuju di taja oleh kami, pihak kami akan menghubungi anda untuk mengisi borang pendaftaran pengedar CNI.

2. Keluarkan modal. Terdapat dua pilihan untuk menyertai program ini :

a. RM 50 - Anda akan mendapat Business Starter Kit dan 1 kotak CNI Lypophilized Royal Jelly (15 paket) yang berharga RM 42 (WM) / RM43.80 (EM).

b. RM 70 - Anda akan mendapat Business Starter Kit dan 1 kotak
CNI Lypophilized Royal Jelly (30 paket) yang berharga RM 80.40 (WM) / RM83.40 (EM).

Modal tak besar kan?? Apa lagi...jangan lepaskan peluang..belum try belum tahu!!

Mengapa perlu menyertai CNI??

1. CNI sebuah syarikat yang kukuh dari segi ekonomi
  • Sebuah syarikat tempatan
  • Salah satu syarikat pemasaran berperingkat terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.
  • CNI tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia melalui syarikat pegangannya, CNI Holdings Berhad.

2. Faedah menjadi pengedar CNI

CNI menawarkan pelbagai jenis faedah :

  • Keuntungan runcit
  • Bonus pencapaian
  • Bonus kepimpinan
  • Anugerah jualan kumpulan sendiri tertinggi
  • Bonus eksekutif
  • Insentif tabung kereta
  • Insentif tabung rumah
  • Insentif pendidikan kayak-kanak
  • Sijil kenaikan pangkat
  • Pin penganugerahan
  • Paparan di CNI NEWS
  • Pelancongan pengedar
  • Forum eksekutif serta pelancongan luar negara.
3. Produk yang di pasarkan CNI
  • Menawarkan lebih 300 produk di bawah jenama CNI
  • Menawarkan pelbagai jenis produk nutrisi dan kesihatan, kecantikan, makanan dan minuman, isi rumah dan penjagaan automotif, penjagaan diri dan kosmetik, dll

Latar Belakang CNI

Sebuah syarikat tempatan, CNI Enterprise (M) Sdn Bhd telah membangun dengan pesatnya sehingga muncul sebagai salah satu syarikat terbesar jualan langsung berperingkat di Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada 1989, CNI menawarkan pelbagai rangkaian produk dalam 5 kategori utama iaitu kesihatan, penjagaan diri dan kosmetik, makanan dan minuman, isi rumah dan penjagaan auto, dan barangan lain.

Kisah perjalanan kejayaan CNI boleh dijejak ke permulaannya yang kecil di penghujung 1980-an apabila tiga usahawan berwawasan tinggi bekerjasama menubuhkan syarikat jualan langsung dengan visi memperkenalkan rancangan perniagaan kukuh yang membolehkan siapa saja memulakan perniagaan sendiri dengan modal yang minimum.

Daripada sebuah impian, sebuah visi – mula tumbuh dan berkembang serta melonjakkan syarikat ini menjadi salah satu peneraju utama dalam industri jualan langsung Malaysia. Pada Ogos 2005, CNI disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia melalui syarikat pegangan utamanya, CNI Holdings Berhad.

Sumber - http://www.mycni.com.my/